Kali ni saya akan ceritakan perkembangan sekecil saya Auni Firzanah dari lahir hingga dia berumur setahun Insya Allah. Waktu-waktu ni la kita dapat lihat perkembangan dia sedikit demi sedikit.
1 HARI
Auni lahir pukul 10.17 malam. Lahir-lahir je dah melalak. Suara auni memang kuat. Lepas nurse bersihkan auni & sementara menunggu untuk dibawa ke wad saya tengok auni senyum jer...Tenang sangat rasa hati. Tak sabar rasanya nak peluk sekecil tu. Lepas dapat katil saya terus peluk cium Auni. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan ini.
Saya cuba menyusukan Auni walaupun air susu memang tak keluar langsung. Ada la dalam 3 kali Auni nangis & saya susukan dia. Sedih sangat bila air susu langsung tak keluar. Auni sangat pandai menyusu. Kalau la susu saya ada mesti Auni dapat tidur dengan nyenyak sekali.
1 MINGGU
Auni kena jaundis tapi tak tinggi. Dapat kesan pun masa nurse datang rumah. Saya hanya duduk semalam je selepas bersalin. Maka saya berulang alik la ke KK untuk check jaundis Auni. Sepanjang kena jaundia Auni tidur je. Saya tak tahu macam mana nak kejutkan dia. Nurse kat KK tu kata jentik tapak kaki biar babi nangis. Auni kena ambik darah pun dia tak nangis.
Susu still tak keluar lagi. Terpaksa la saya bagi susu formula. Mula-mula pam susu pun tak keluar. Nurse KD minta bagi susu badan. Masalahnya langsung tak keluar camne nak bagi. Saya try pam jugak. Cuba stabilkan emosi supaya tak stress....
1 BULAN
Sepanjang dalam pantang Auni ok jer. Biasa la kan kalau babi nangis-nangis. Tapi Auni akan nangis waktu malam. Pernah sekali saya tak tahu dah nak buat apa saya biar je dia nangis. Stress sangat...cuba la jugak cari air penawar mana la tau kan kalau-kalau terkena apa-apa. Baby kecil lagi & senang la benda-benda halus nak kacau dia. Saya bawa pergi urut jugak dengan nenek saya mana la tau kan kalau ada yang terkehel. Baby kan lembut lagi...
2 BULAN
Masuk bulan kedua tangisan Auni dah ok. Masa ni dia dah mula senyum-senyum. Dah ada respon kalau orang panggil nama dia. Dah pandai nak berborak-borak. Air liur dah meleleh. Apa la yang mummy auni ni tak dapat makan. Saya rasa mungkin steak kot. Ni gara-gara tgk JJCM la ni. Auni jugak dah pandai hisap jari. Kalau dibiarkan mau basah sarung tangan dia. Kaki dah tendang-tendang. Kuat sangat. Kalau berdirikan dia macam dah nak melonjak-lonjak. Kena lebih berhati-hati masa mandikan dia. Kalau tak mau terlepas.
3 BULAN
Makin geram dengan budak kecik ni tau. Tido sekejap-sekejap jer. Mummy x sempat siap gosok baju keje pun. Sepasang je kot. Pastu masuk buai kita beria nyanyi2 suh dia tido sekali boleh plak dia senyum-senyum. Dah la mummy memang cair dengan senyuman dia.
Hai la anak.....petang lepas mandi tak mau tido, nak jalan-jalan keluar rumah. Keluar kat garaj kereta tu pun jadi la. Kul 6.30 ptg tido kul 7.00 dh bangun. Pastu 8.30 tido blk kul 9.00 bangun. Pastu kul 11 baru nak tido sampai pagi. Itupun start kul 5 setengah jam sekali nak mengusu. Bukan betul-betul menyusu. Sikit jer pun. Tido dalam buai pun nak mengiring. Suka betul boleh bergolek-golek dalam tu.
4 BULAN
Dah nak pandai meniarap, tapi dengan bantuan orang. Malas nak pusing badan sendiri. Dah kenal mummy dia. Kalau orang panggil nama dia dah pandai bagi respon. Kepala pun dah angkat sikit-sikit. Wan dah start bagi nestum bancuh dalam susu sikit-sikit.
5 BULAN
Auni pandai meniarap betul-betul lima bulan tanpa bantuan orang lain. Dah makin aktif. Tido pun dah tak menentu. Dah pandai nak jalan-jalan. Nak mandikan, nak pakaikan pampers dah susah sikit sebab asyik nak bergerak jer. Nak guling-guling taknak duduk diam.
6 BULAN
Dah naik walker. Dah boleh gerak sikit-sikit tapi cepat boring. Dah sembur-sembur air liur. makin banyak la rambut mummy gugur. Ayah dah biasakan dia jalan-jalan naik moto. Tido malam dah pandai lepas nenen mummy (lega...dah tak payah sakit-sakit pinggang lagi)suka melompat-lompat. Dah kenal mummy & asyik nak berkepit jer. Pantang nampak mummy. Masuk walker dh laju dia jalan. xmo mkn bubur nak nestum jer. Biskut nk plak dia mkn. Suka nak gigit-git jer tapi gigi stil xde lagi. Kalau org makan dia pun sibuk nk jugak. Kena demam 4 hari diikuti campak keladi 4 hari. Nak naik akal la tu...
7 BULAN
Dah pandai nk ikut mummy. Pantang mummy nk g kerje ke nak keluar jap ke mesti buat muka sedih (kena kentalkan hati). Tido mlm dah pusing-pusing pastu gelabah nk cari nenen hehehe. Suke mencubit orang. kuku pendek tapi tajam. Calar balar muka mummy, ayah ngan wan.
Masih belum merangkak lagi. Anak sepupu yng lahir 2 minggu lewat dari dia dah laju & dah belajar berdiri. Si Rayyan sepupu Auni pun dah pandai duduk. Hai la anak...tapi bab makan memang dia suka. Kalau bagi buah dalam food feeder dia tu laju jer. Kalau bagi biskut ke roti ke memang dia suka. Orang makan dia pun nak makan. Setakat ni Alhamduliullah takde alahan. Mummy bagi bubur jer letak sayur. Tengok la seminggu lagi boleh kot bagi ikan bilis plak.
8 BULAN
Masuk 8 bulan baru Auni pandai maju kedepan. Dia bukan merangkak tapi mengesot ke depan. Kalau si Rayyan kembar dia dah angkat-angkat punggong nak merangkak. Auni berat bontot kot. Tak kisah la as long ada kemajuan dari hari ke hari pun dah ok.
Alhamdulillah masih menyusu lagi. Kalau balik kerja tu walaupun dia dah minum susu tetap nak nenen jugak. Makan dah 3 kali sehari. Setakat ni Alhamdulillah tiada alahan. Ada sekali tu pergi rumah kakak iipar tak bawa bubur dia (tak plan pun) tapi bekalan biskut tu ada la untuk kudapan dia. Tak kan nak masak bubur rumah kakak ipar plak kan. So saya rendam 3 keping biskut tu dengan air suam.FM pun tak bawa. Lagipun biskut tu pun dah manis, so ok la rendam dengan air suam jer. Habis si Auni ni makan. Saya rasa memang Auni ni kuat makan la. Genetik saya la ni kut. Tak dapat makan je melalak....hehehehe
Auni demam tak tahu samada nak merangkak atau nak tumbuh gigi. Demam kali ni lain sikit. Demam+muntah+buang air. Tak suka kena air. Maybe sejuk. Letak towel basah kat kepala dia pun tak suka. merengek-rengek.Mungkin dia nak merangkak kot. Sebab dia mara ke depan dah laju. Naik walker nak pandai menapak macam bejalan. Kalau tak dia melonjak dengan kedua-dua kaki dia.
9 BULAN
Masih tak merangkak lagi. Jenuh la wan ngan ayah dok angkat-angkat badan dia ajar merangkak tapi tetap camtu gak. Maju ke depan bukan main laju lagi. Cukup time kalau tak bagi makan melalak. Saya dah bagi ayam kat Auni. Alhamdulillah ok takde masalah. Lepas ni boleh bagi ikan plak. Tapi bubur tetap saya blend sebab dak tecik tu takde gigi lagi. Tapi apa orang makan semua nak masuk mulut dia. Penghadang bantal kat katil pun dah dipanjatnya. Laju jer. Haritu nyaris nak jatuh katil. Tidur suka berguling-guling. Tau-tau jer dah kat bawah kaki. Macam dah kurang menyusu. Maybe sebab dah banyak makan. 18/12/2013 pergi klinik untuk timbang berat. Macam tak sangka jer Auni dah nak setahun.MAsuk walker dah laju. Main langgar jer sapa-sapa. Sakit tau! Dah try bagi ikan tapi cam tak serasi plak. Yakyak dia cam keras. Nak masuk 10 bulan ni bubur dah tak blend. Sayur ngan ayam jer saya blend. Badan dah angkat tapi tetap taknak merangkak.
10 BULAN
Percubaan untuk berdiri dengan memanjat-manjat. Kalau malam sebelum tido mesti nak panjat-panjat badan mummy dulu. Tidur pun dah tak gempeng sangat. Ada masa dia lepas gak nenen mummy. Cuma deria bau masih lagi kuat. Mummy turun katil jer nak g toilet boleh sedar. Risau sebab dia nak pandai panjat benteng bantal. Macam kena cabut jer katil tu or kena pasang baby coat jer. 10 bulan lebih ni Auni dh start nk berdiri. Dia dh panjat-panjat katil, kerusi. Dah boleh berdiri eksen nk lepas tangan. Cam la dah boleh berdiri sendiri. Nak berjalan dah kot. Sangat aktif, tak duduk diam. Diam time tido jer. T u pun nak tido panjat-panjat mummy dulu.
11 BULAN
Cekap dah bab panjat-panjat ni. Gigi masih 4 atas 2 bawah. Masih lagi nak menggigit nenen. Belum berjalan lagi. Merangkak pun malas. Cuma 2 3 ari sebelum masuk setahun mau la jugak dia merangkak. Kalau tak dia lagi suka merangkak combat cam askar tu. Lagi laju dari merangkak biasa. Berdiri sendiri pun belum lagi. Takut nak lepas tangan.
Dah pandai nak pakai tudung bila nak g jalan-jalan. Alhamdulillah tak tarik-tarik pun tudung tu. Pagi masih breakfast nestum. Kadang-kadang kuih apam. Lunch ngan dinner makan bubur. Sayur pun campur dalam bubur. Cuma kalau ayam tu nak kena blend dulu. Weekend kalau mummy rajin mummy masak la pasta or oat. Auni tak de masalah cuma saya perasan dia lagi suka nasi dr pasta or oat. Perut melayu cam ayah gak. Nak apa-apa dah pandai angkat tangan mintak. Ataupun tunjuk-tunjuk nak kan sesuatu. Susu pun dah kuat minum. Sebulan tak cukup sekotak. Mummy kena tambah bajet ni.
12 BULAN
Happy Birthday Cik Auni...yeaaaa.....Auni dah setahun. 4 5 hari sebelum cukup setahun Auni demam. Mummy pun sama. Demam sekejap jer. Buang-buang air 3 hari pastu takde selera makan. Anak mummy dah kurus. Checkup setahun nanti tak tahu la berapa la berat Auni. Sekejap je masa berlalu. Tup tup dah setahun. Setakat hari ni, setahun 4 hari Auni dah makan cuma masih sikit-sikit. Semoga Auni sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan..... Cepat la berjalan....